Kami dah sampai kampung untuk berhari raya

Alhamdulillah.. Kami dah selamat sampai ke kampung halaman. Plan asalnya nak cuti khamis tapi terpaksa ditunda sebab abahnya ada meeting. Kemudian nak balik khamis malam pun tak jadi. Kena tunda lagi sebab jumaat abah disuruh attend meeting lain pula. Tension udah ni. Huhu..

Tadi, sebaik abah berjaya keluar dari meeting dengan berbekalkan incoming call tektik, abah terus pulang. Half day sahaja. Ish ish..insaf insaf. So, sampai rumah barang semua memang dah ready dalam kereta. Abah tukar baju & kami pun bergerak pulang. Ho ho ho Balik
Kampung..~~

Alhamdulillah berjaya mengelak dari kesesakan lalu lintas. Kami guna Guthrie sebab dengar berita Subang-Damansara dah mula jam. Then ngantuk la pulak. So, kami berhenti untuk berehat di Tapah. Nak tukar driver, ibu pun ngantuk dan penat sebab siapkan barang dan kemas rumah sebelum ditinggalkan. Oleh sebab budak2 riang ria bila kami stop di Petronas Tapah jadi masing2 tak boleh lelap dan kami terus solat jamak takdim.

Selamat sampai di rumah Tuk pukul 6 petang. Syukur2x. Ingat nak beli kuih muih buat berbuka tapi jam teruk lepas tol Juru sampailah jalan nak masuk rumah tuk. Mungkin sebab time orang balik kerja sama. Hujan renyai2 pun ya.

Oleh sebab budak2 tidur half way sampailah bila masuk rumah tuk, malam ni ceria sungguh. Baru ja tidur pukul 1.45pagi ni. Huhu. Ibu dah tidur awal lagi. Pukul 1 tadi baru bangun pula. Hehe.. So nak buat sambungee ni kalau boleh. Nite2x.

Drive carefully!

Nah kuih raya untuk anda.






Sorry, bahagian aiskrim dah dimakan Iris. Tahun depan boleh order dengan tuklang nyer.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Komen anda dihargai.