Saya ada seorang saudara di kampung, ulu la kampung saya ni. Bukan kampung mak di Penang ni tapi tuk di Perak. Memang sangat susah la keluarga dia ni. Result SPMnya 1A+, 1A, 5A-, 1B+, 1D. Bekas pelajar Sekolah Teknik Taiping. Yang B tu Math dan D English. Selepas keputusan universiti keluar, dia hanya berjaya ke Politeknik.
Begitukah standard pelajar sekarang? Saudara saya ni teringin nak buat jurusan perguruan di maktab atau universiti. Tidak layakkah dia dengan keputusan 7Anya.
Saya ada la google sikit2 tapi jumpa rayuan yang sudah ditutup. Yang boleh buat rayuan pun yang memang tak dapat mana2 tawaran rasanya. Adakah peluang dia memang hanya di Politeknik atau ada saluran lain untuk dia membuat rayuan.
Ada idea tak?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.