Tips nak anak bijak

Sapa taknak anak bijakkan.. Jom kita bantu stimulate anak kita supaya mereka menjadi bijak bestari. wah..


Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


Buat ya!!! Nanti orang tanya, anak sapa la yg bijak sangat tu? Tak ke kembang hidung kita sebagai mak pak dia.
 
P/S: Kalau anak kita tak berapa nak bijak pun, jangan malu ya. Teruskan usaha kita. Kita patut bangga dengan anak kita no matter wut..

Anak-anak temankan ibu di dapur




Cepatlah basuh pinggan, ibu



Amik gambar ya.."happy face"





Teman ibu memasak juga. Baru xkalih beberapa second dah berjaya minum milo. Air balance Nazhan, xadalah dia cucuk sendiri. Melampau tau. Dah dpt susu 1st class pun, nk milo lagi.




Abang Nazhan pun tidak ketinggalan join sama.


Jika anda berminat dengan produk Shaklee boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Ada ja projek

Plan nak masak pukul 11.30 utk lunch. Pkl 11 ke dapur untuk bancuh milo sebab tetiba lapar, so nak alas perut. Kemas2 pinggan kering sekali. Since budak2 aman ja, tak dengar suara bergaduh or 'keriau', masak terus la.

Sambil tunggu ikan garing(goreng ikan ja, stok apa pun tak ada), gi la jenguk budak2 kat depan. Sekali... OMG









Patutla diam dua- beradik. Bagus punya projek. Ibu baru ja menyusun gambar utk diisi dlm album baru beli. Habis dah raya sakan budak2 ni.




Siam berenang-renang lagi atas lautan gambar..



Nampak ibu, dan-dan datang merengek.

Tak kuasa nak mengamuk. (mengamuk-ngamuk manja ja la) Kang hangit pulak ikan aku.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Balik kampung @ BM

Seminggu aku dan anak-anak akan berjauhan dgn abah. Suka la abahkan. Ala-ala cuti sekolah plk padahal xda sapa kerja or sekolah.

Sebelum balik, ibu gatal tgn p potong rambut depan Iris. Tak comel dah. Terpaksa la bersepet mcm gegirl gitu. Lagipun balik kampung sebab ada kenduri kahwin. I likee..





Masa on da way, budak2 sgt behave. Tak adalah gilir2 melalak macam dulu2 masa ibu balik kampung without abah. Dah besar dah anak-anak ibu. Lagipun budak2 dh familiar dgn anggota rombongan, make it even easier. Bagus2x..


Selamat Pengantin Baru buat sepupu ibu, Ayie!!! We have same birthdate, 2 Mac 1982. Very good buddies since chilhood tp bila dah sekolah, dah makin jauh di mata dan di hati sebab dia menjadi alim dan pemalu gitu. Huhu..

Yeaahh, esok balik kampung Selama, Perak.

- Posted using BlogPress from my iPhonen

Aktiviti Nazhan dan Iris




Abang mengajar adik ABC




Mandi bersama.





Ada niat nak membantu.. Baguslah..




Mencuri makan... melampau tau dia..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Shooting day @ Pullman, Putrajaya.

Sempena birthday kami pada 2nd dan 3rd Mac, ibu hadiahkan family photo session ini. Gambar2 ni sdn bhd ja. Gambar by photographer belum dpt lg, maybe in 2 weeks time.


















Ibu dapat hadiah pokok bunga dari abah. Belum snap gambar tp risau jugalah dpt bunga hidup ni. Pokok cabai pun mati. Huhu.. Kata nak kasi Ipad, dapat pokok bunga. Tunggu abah menang mysuperkids contest la. Dah submit ka belum tu..Ibu fail la karang mengarang ni. Kalau korang nak menang ipad, silalah..


- Posted using BlogPress from my iPhone

My little angels in action




Tengok puppy di pet shop




Melepaskan diri dari seat belt




Crack call sapa agaknya dgn telefon yg sedia rosak.




Main baby doll.. Alhamdulillah..ada juga ciri keperempuanan..

- Posted using BlogPress from my iPhone

3 amalan yg dibawa mati

Untuk ingatan diri sendiri yg malas membaca..

Membaca lah secara menyeluruh dan banyakkan tentang ilmu agama sebab kita mati tak bawa duit malah dunia akan meninggalkan kita kecuali 3 amalan ini iaitu :

1) doa anak yang soleh- maka ajarkan anak kita doa ibu bapa supaya doa ini sentiasa ada untuk kita.





2) ilmu yang dimanfaatkan- berkongsi dengan orang lain kebaikan dan ilmu yang bermanfaat



3) sedakah dan amal jariah-sedekah yang paling hebat adalah di mana apabila tangan kanan memberi tetapi tangan kiri tidak tahu langsung. Peruntukan duit untuk wakaf...hebat berkat wakaf ni....pahala yang berterusan.

Orang yang meletakkan ALLAH di tempat utama insyaALLAH akan sentiasa mendapat naungan taufik hidayahNYA dalam apa jua yang dilakukan.


P/S: Jom bayar zakat, dihujung jari pun boleh. I mean online.. Bukan main tunjuk2 ja :D

- Posted using BlogPress from my iPhone

Doa murah rezeki semasa solat dhuha atau bila-bila


Ya ALLAH andainya rezekiku masih berada di langit maka turunkanlah
jika di bumi maka keluarkan dan jika dilaut nampakkanlah.......




Gambar hiasan sebagai pemanjang entry.

Itu sahaja perkongsian saya.. Hehe.. tp jgn lupa amalkan..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Iris sudah 13bulan dan Nazhan sudah 3thn 2bulan

Lamanya tak update perihal anak2. Ibu ibu.. busy la konon..wek:p. Ni entry cerita lastweek,baru nk publish. Macbook buat hal. Ingat nk upload gambar tp tragedi plk..next entrylah gambar saja..huahuahua:))

All right. Last week 26hb, Iris sudah genap 13bulan dan Nazhan 3 thn 2 bulan. Walaupun IRIS masih montok, tp sudah susut sedikit. Ibu baru bawak p cucuk MMR semalam. Saja delay sebulan sebab nak kaji la konon. Ibu ada terjumpa yang MMR shot ni ada merkuri yang boleh menjadi punca speech delay. Lepas consult pakar, dia kata pendapat tu dah disangkal, so ok ibu proceed with MMRV. Ada V sebab combine dengan rubela and chiken chop eh ciken pox.

Iris still cruising happily. Selamat tak ada tangga rumah ini. Sudah pandai turun katil. Cuma katil yang dia familiar ja dia nak berani. Alhamdulillah tahap alertness dia bagus. Kalau ajar sebut, apa2 dia nak follow. Syukur sangat. Baru ja ajar dia sahut and angkat tangan bila panggil nama dia.. oh so cute..

Appetite dia menurun sejak setahun ni. Apalah ibu ni.. masak pun tak rety, anak dah dua. Penat2 riuh rendah di dapur, sekali tak layan pun masakan ibu. Main ja lebih..

Ok, kisah abang NAZHAN pula. Sejak last week ibu tunggang langgang bawak budak berdua ni ke Subang Medical Center. Ibu nak masukkan Nazhan ke speech therapy selepas usaha nak masukkan dia ke kelas2 anjuran ngo ni tak berjaya. Macam full ja semua or tak angkat call. So nak p terapi pun kena p jumpa paed dulu baru leh dapat GL untuk p terapi. P sorang paed, dia soh bawak ke paed lain.

So, dah 2-3 kali ibu p SMC dalam masa beberapa hari. Dah dpt parking space khas..ahahah..tak ada lah.. malas nak pusing2 cari parking, so kami parking level b4 yg kosong banyak. KAMI refering to ibu, Nazhan dan Iris sahaja ya. Ok, hasil penilaian paed, Dr Sofiah, dia kata Nazhan tak sakit. Kena banyak stimulation lagi. Much2 better compare dengan  patient dia yang lain. Dia nampak Nazhan very potential.

So EIP, yg di Kelana Jaya pun dah full tapi dia kata call ja. Kalau ada kosong nanti leh masuk. Speech terapi pun buat jgk. Kat rumah main fizikal games, like jet-jet semut or tom tom bak.. yang banyak sentuhan. Sentuhan ni maybe boleh connectkan balik sel-sel otak yang tak connect tu.(ni ayat ibu memandai tp ideanya disitulah). Main game yg ada organization like turn taking and he need to follow that. (dah try dah di rumah, all right ja dia mengikut arahan.)

Dia juga soh enroll Nazhan dalam montersori school or smart reader. Ibu kata la ibu ada hantar ke tadika tahfiz tp tak ok. Dia respond "tu la masalah org melayu" org melayu tu not refering to me, but the school ok.. Korang wondering tak maksudnya. Pandai2 la fikir.. Buat sakit hati ja nak explain di sini. Ibu tambah la yang tahun lepas ada hantar, ok ja Nazhan kat sana tp khalifah method school la. Dia kata khalifah method ok, islamic montesori ok. OH, pilihan yang ada mahal2 belaka. Perlu menjual Shaklee dengan lebih gigih ni utk menyekolahkan anak. B-)

Oh, doakan ibu terus gigih ok.. caiyo2x!! termasuklah dalam menyediakan menu yg lazat2 supaya anak makan sampai menjilat jari.

My 29th birthday




Terima kasih atas semua ucapan dan doa.

Semoga ibu semakin matang dan terus mengorak langkah tanpa toleh ke belakang.

I love you all:x

- Posted using BlogPress from my iPhone