Anak anugerah Allah. Ibu-ibu moden dan well-educated sekarang ni lebih tinggi awareness tentang pentingnya didikan dan belaian ibu bapa sendiri. Jadi ramai walaupun bekerjaya masih berusaha membekalkan susu ibu dan meluangkan masa berkualiti selepas pulang bekerja.
Suapkanlah anak dgn tangan sendiri jika kita sering membeli sahaja juadah harian kepada keluarga kerana ingin memberi mereka nikmat hasil tangan ibu. Mungkin ramai yg dah asuh atau cuba asuh anak makan sendiri. Baguslah. Jadi, apa kata masak pada hujung minggu atau suapkan mereka buah-buahan, jadi dapatlah juga mereka merasa air tangan ibu. Bukan apa, amalan yg kecil ini besar hikmahnya. InsyaAllah dpt membuatkan anak kita lebih mendengar nasihat dan tidak melawan kata-kata kita bila besar nanti.
Masa anak sulung saya kecil dahulu, harapan saya adalah nak latih dia independent dan semaikan ilmu sejak dari kecil. Apa yg saya buat? Semasa saya melakukan kerja-kerja rumah, saya biarkan dia bermain sendirian. Bila menangis atau sudah tidak mahu lagi bermain sendirian walaupun selepas diberi susu, saya letakkam dia berdekatan dengan saya. Contohnya di dapur. Saya berikan dia peralatan memasak yg betul dan tidak bahaya. Sambil memasak, saya akan bercakap apa yg saya buat. Mungkin ini dapat mententeramkan anak kita kerana rasa lebih selamat dan enjoy bermain kerana dpt toys yg lebih real dan "mak pn guna benda yg sama, yippie".
Ketika saya keluar jemur baju, ada pasu bunga berdekatan. Dia memang suka main tanah. Tension la juga tengok, nampak comot. Jadi, saya sapukan dettol hand sanitizer dan main la dia puas-puas. Lepas saya sudah, saya akan bersihkan tangan dan kakinya dgn air sabun. Mesti ramai budak yg melalak, sbb tak puas mainkan. Jadi bila dah masuk rumah, kita distract la dengan main dgn dia toys lain sekejap. Kita pun boleh duduk berehat selepas penat berdiri jemur bajukan. Ini boleh buat kalau anak dah rety jalan ja atau letak dlm walker kalau xrety jalan lagi.
Macam Iris, anak kedua saya, belum boleh berjalan. Keseronakan dpt keluar rumah pn memadai utk buat dia tenang. Jadi, saya letak dia dlm stroller atau walker sahaja semasa saya berkebun di luar rumah waktu petang. Dia pun buatlah observation dan capai apa yg tercapai tangannya.
Pada yg penat pulang bekerja, tension la dgr anak-anak menangiskan. Kesian.. Saya tahu tangisan budak-budak mmg boleh buat org tua stress. Banyakkan istiqfar, tenangkan diri. Pejamkan mata, istiqfar, bilang 1-5, sebelum p mengadap anak. Jgn lepaskan kemarahan pada mereka tanpa usul periksa. Dah tenang baru tanya kenapa. Lepas dah lepak2 kejap, main2 kejap, penat pn dh ilang, boleh la buat kerja kalau nk buatlah. Hehe.. Kalau dia xnak berenggang, bawak la dia tgk sekali apa yg kita buat. Tak payah dukung, penat. Kalau nk baby wearing ok la juga. Sebab tu la bibik2, pakai benda tu. Kita yg moden ni, cari la lawa-lawa skt, nk pakai pun terasa lawa dan anggun.
Setkan priority dan buat jadual utk mengurus masa dengan baik. Bukan zaman sekolah ja kena jadual, jadi parent pn saya buat jadual sebab time management saya agak fail kalau saya xnampak depan mata.
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.