Restoran Tarbush @ Empire Shopping Mall

15 Januari adalah birthday my beloved mother and my good friend as well, Noa. Noa soon gonna be a mom too. Semoga semua ibu dan bakal ibu mendapat kesejahteraan dunia akhirat.

Oh ya, semalam kami ke Empire Subang. Biasalah mesti nak ambil Shaklee kalau ke sini. Tak la aku p Subang yg hectic ni sekadar suka2x. Namun, nak ke Empire dr Bukit Raja tak la hectic mana. Keluar dari Federal Highway/Nkve skt ja, first traffic light terus dah jumpa, tak perlu masuk center Subang pun.

Since the shopping mall baru, orang tak ramai. Lega2x..nak compare Mid Valley punya sesak or even Eaon Seberang Perai pun, aku rasa Empire lagi boleh bernafas. Surau pun sangat ok. Ada bilik air dlm surau. Kalau surau tempat lain, tak ada kan..Setakat tempat wuduk ja la. So yg ni thumbs up la!

Sejak aku ada 2 anak and pindah Semenanjung ni, window shopping tu
err..ada lg ka istilah tu. Kalau nk p beli barang, kelam kabut sokmo la. Kali ni, first time la aku rasa dapat pijak tapak kaki tu lama sikit kat lantai. Boleh duduk cari buku di Popular betul2, boleh layan toys(tanpa membeli) di ToysR'Us dapat pegang tangan laki aku lama skt time jalan sama. Kalau tak asyik kena bahagi tugas ja. Dia layan budak, aku gi cari barang.














Nak cari dinner tu susah skt tp kami pun maybe tak round habis2 lagi. Kedai2nya semua tak familiar dgn poket kami lagi. Lastly, kami pilih makan di Tarbush. Oh, kedainya cantik dan pekerja bagus. Makanannya pun sedap. Bagi 4 setengah bintanglah. Well, sebenarnya makanan dia tak la semahal namanya. Hehe..tak adalah. Kami yg ingat kedai ni mahal tu yg sekilas pandang ja kalau terjumpa di tempat lain. Makanan restoran Tarbush ni asal dr Lubnan. Pada pendapat aku, harganya mcm Secret Recipe tp minumannya lebih murah. Haa..tak sangkakan?














Jom la p serbu Tarbush lepas ni!! Sedapp..



- Posted using BlogPress



2 comments:

  1. thanks ida..jarang2 masuk blog hang..skali ada nama aku daa..excited nak comment ni..thanks for the DOA and shaklee..dlm proses makan setiap hari...tp ada sehari dua yg termissed

    ReplyDelete
  2. Wah, tetamu istimewa dtg menjengah.. Org kuat MAMPU ni, busy2 pn terserempak dgn blog aku juga.

    Mudah mudahan sihatlah 'mommy Noa'(ecece) and baby dlm perut. Kerja kuat, mkn jgn miss, vitamin tu support kepada makanan harian sahaja. Barulah baby dan mommy sihat dan cergas bagai juara!

    ReplyDelete

Terima kasih. Komen anda dihargai.