Kenapalah aku tak kaya kaya

Jika sesuatu yang baik atau buruk berlaku pada saya, saya selalu fikirkan apa yang telah saya buat yang menjadi penyebabnya. Contohnya kalau saya dapat durian runtuh, saya cepat2 mengucap Alhamdulillah dan fikir apa telah saya buat. Selalunya jarang saya dapat agak apa kebaikkan saya kerana saya rasa saya serba kekurangan dalam amal ibadat pada Allah, sekadar amalan wajib, tu pun tunggang langgang. Jadi, saya akan bersyukur kerana Allah tetap ingat pada saya, hambanya yang kerdil dan sentiasa leka ini.

Jika berlaku sebaliknya, contohnya bila saya susah nak dapat kerja, saya terfikir inikah ketentuanNya, nak saya jaga keluarga dan inilah pekerjaan yang paling mulia sebagai wanita. Jadi saya pun kembali tenang dan redha. Saya juga pernah keguguran dan sebaik saja ia berlaku saya terus fikirkan kenapa Allah duga saya begini. Pasti ini balasan atas kesalahan saya sendiri. Ya, memang pun. Allah balas instant. Saya perasan kalau saya buat salah pada mak atau suami memang Allah balas immediately. Sebabnya Allah xnak saya terus buat salah dan kerana Dia sentiasa ingat dan sayangkan saya. Jadi saya sentiasa terpelihara hendaknya, insyaAllah.

Kadang2 saya hairan, bagaimana orang yang bergaji sedikit tapi makan mewah dan mampu lagi membantu orang lain. Sedangkan kami makan pun jenuh pilih yang ala kadar. Pakaian pun jarang bertukar. Jadi saya pun merenung kembali. Mungkin kerana rezeki kami kurang diberkati Allahkah? Sebab itukah x kaya kaya. Sumber rezeki haruslah 100% halal tanpa was was kerana itu akan jadi darah daging kita. Mungkin kerana kami kurang membuat kebaikkan terutama pada ibu bapa kerana sering terasa duit untuk diri sendiri pun xlepas macam mana nak tolong orang. Namun kami lupa yang sekali kita bagi, Allah balas berlipat ganda.

Yang paling kami bertuah kerana hidayah Allah tetap ada. Saya sangat sedih bila ada orang Islam yang ditarik hidayah dari hatinya. Allah yang maha pemurah telah mengurniakan kekayaan untuknya bersyukur tapi dia tidak puas. Allah telah menurunkan sedikit kesusahan supaya dia kembali ingat pada Allah tapi sebaliknya dia kata Allah lupakannya. Ingatlah Allah tak pernah lupa akan hambanya walaupun sesaat. Jangan bercakap angkuh dengan Allah. Allah Maha Besar. Jangan sampai Allah tarik balik semua kurnianNya. Namun Allah juga maha pemurah. Bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi ajal belum memanggil dan selagi kiamat belum tiba.

Jangan juga berfikir seperti 'Apalah yang aku buat sampai Allah buat aku mcm ni' dengan nada yg seolah olah kita x patut terima kesusahan tersebut. Kita kena ingat, nabi-nabi kekasih Allah yang beramal ibadat sentiasa pun tetap diuji sepanjang hidup mereka. Ujian2 tu kalau kita lulus ka fail ka, balasan yang ultimatenya di akhirat kelak.Renung-renungkanlah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

8 months and 2years 9months

Iris



-mula menyulur masa raya.
-first time jatuh katil, then tilam saja pun jatuh jgk. Dah xboleh disekat dgn bantal. So kalau siang mmg tidur atas toto ja.
-sangat suka gigit/makan kertas dan straw. Straw ibu bg jgk tp kertas no-no. Kalau bagi buku keras tu or toys yg lembut, xmain. Cari kertas or benda yg keras ja.
-suka menangis bila di tinggalkan.
-dah demand nak dok depan dlm kereta. Boring dok belakang.
-suka menangis sambil membebel.

Nazhan



-suka sangat dengan
perkembangan Nazhan.
-dah panggil ibu, adik dan abah loud and clear. Alhamdulillah.
-at last, dah rety request 'nak' bila mau something dari orang.
-dia punya nouns dah quite ok tp dia xrety nak apply n combine with verb.
-tiba2 malas mandi even with me.
-dah xnak mandi sorang2. Trauma lagi kot, pressure air tak tentu hala. Tiba2 p kuat. 2x kena terus cuak sampai sekarang.
-pocoyo & mickey mouse fanatic fan.

Speech therapy part 1

Tak lama lagi, kami akan berpindah. Hopefully.. Masa di Miri, saya dan husband ada buat plan utk Nazhan demi perkembangan pertuturan dia. Selepas buat apa yang dirancang, Nazhan menunjukkan perubahan yg sangat positif. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan bagi kami.

1st saya contact BOLD, ngo di Penang untuk join playgroup sebab takut2 nk hantar Nazhan p sekolah lagi. Sebab lambat reply, kami pun hantar jgk ke sekolah. Hanya lebih kurang 3 bulan. Alhamdulillah, dia suka berkawan dan dah pandai alphanumerical, jugak sign language. Semua ni tetap diterapkan secara berterusan di rumah.

Dalam masa yg sama, BOLD pun response dan kami join play group tu yang khas untuk kanak2 special need. Dalam group Nazhan ada 2-4 org. Macam2 kes ada, antaranya hyperactive dan autism. Semua menyebabkan speech delay. Yang ni banyak parent involvement. Saya suka sebab saya tahu apa yang dia buat dan saya boleh main ulang2 kt rumah. Macam sekolah tu, diorang mcm xnak sangat bg info apa yg diajar sebab 'it's not our practise' kata mereka. So bila Nazhan dok babble kt rumah, saya xleh agak langsung dulu.

Bukan tu saja, untuk confirm Nazhan xada hearing problem mi buat test di hospital. Selepas menjalani pemeriksaan pendengaran dan confirm Nazhan xada problem, kami buat beberapa speech therapy pula di Loh Guan Lye. Aktivitinya kebanyakkan sama dengan playgroup tp lebih berkesan sebab lebih menekankan verbal response dr Nazhan.

Banyak yg diajar, tips2 untuk train anak di rumah. Most of it, saya memang dah tahu tapi xcukup komitmen untuk dibuat di rumah sentiasa. Bayarannya saya tak pasti sebab semuanya ditanggung company . Jadi, saya akan berkongsi disini untuk kebaikkan bersama dalam entry akan datang, insyaAllah.





- Posted using BlogPress from my iPhone