"Lebih baik mengambil nutrisi dari sumber semulajadi, ia adalah vitamin yang benar-benar asli"
Logik memang logik. Malah saya pun tak menafikan hakikat ini. Contohnya, vitamin C terbaik adalah dari oren. Vitamin A terbaik adalah dari carrot.
"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je"
Lagi satu pendapat yang ada kebenarannya.
Namun, masa dulu dan sekarang tak sama. Kita tak boleh nak samakan keperluan kita dengan keperluan kawan kita. Samalah juga dengan kesnya dengan zaman dahulu dan sekarang. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu2, orang asli tak guna bahan2 kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia. Betul tak?
Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik2 sayur adalah sayur mentah seperti ulam-ulaman kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - tapi berapa orang sangat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!
Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk2 lain, bujur ke, bersegi ke... apa2 lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin2 seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren untuk sumber vitamin C serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi.
Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu.
Bukan tu sahaja, badan kita juga perlukan khasiat dari vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral2 lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.
Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya.
Tepuk dada, tanya "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?"
Saya amalkan vitamin juga dan rasai perubahannya, kalau nak tau lebih lanjut email ja.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.