Resepi ni saya ada otter sikit pengalaman sendiri. Ini adalah makanan stage 3. Stage 3 ni, makanannya kaya dengan rasa dan tekstur. Bayi2 biasanya mula tumbuh gigi dan bersedia nak cuba rasa dan tekstur yang berlainan. Kalau kisar tu, dah xperlu halus sangat2 seperti sebelum ni. Makanan yg disediakan kenalah tinggi khasiatnya supaya bayi lebih kuat untuk merangkak, ambil objek dan mula berpaut sebelum berjalan.
Bubur Lobak Merah & Kacang Buncis
Bahan-bahan:
150ml air
1 sudu besar lobak merah yang dicincang halus
1 sudu besar kacang buncis dicincang halus
50 gram bubur nasi siap dikisar
1 kuib kecil isi ayam
Saiz:
2x makan
Cara-cara:
1. Rebuskan isi ayam, lobak merah dan kacang buncis sehingga ayam betul2 masak manakala lobak merah dan kacang buncis empuk.
2. Tutup api dan angkat isi ayam kemudian dikisar halus.
3. Gaulkan semua bersama dengan bubur nasi yang sudah siap dikisar.
4. Hidangkan serta merta.
Info:
Kacang buncis mengandungi serat dan protein yang tinggi.Ia bukan sahaja enak dijadikan sup malah sangat berkhasiat. Namun, ia dari kumpulan makanan iaitu kekacang yg berisiko untuk alergi. Jadi, pastikan anak anda tidak dari golongan berisiko untuk alergi sebelum mencubanya.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete