On the other occasion, pada suatu hari yg hening tu, saya telah dengan tidak sengaja tertelan syiling. Saya sudah tidak cool lagi ketika itu. Ibu begitu cemas, lalu mengorek mulut saya. Dia berjaya merasa kewujudan syiling di hujung tekak saya. Namun saya dengan tanpa niat mencederakan telah menggigit jari ibu sampai berdarah. Cubaan seterusnya ibu berjaya selepas kelihatan duit syiling 10sen berada di bawah badan saya. Selepas menghembus nafas lega, ibu membelek belek duit tadi dan ragu-ragu sama ada duit itukah yang ditelan saya kerana keadaannya kering sahaja.
Jari ibu yang berlubang digigit
Ibu kemudiannya menelefon Maklong Ina untuk bertanya. Jadi menurutnya dalam keadaan tersebut ibu sepatutnya membaringkan saya di atas ribanya, badan saya mengadap ke bawah,kepala sedikit tinggi dari paras badan dan mengetuk belakang saya antara kepala dan leher cuma sekali hingga cukup kuat untuk mengeluarkan duit syiling yg mungkin berada di kerongkong. Ibu yang mengorek mulut saya mungkin telah menyebabkan saya menelannya. Oleh kerana itu, saya perlu makan banyak buah dengan harapan mampu memberakkan duit syiling itu. Hehe.. Saya taktau saya berak keluar syiling ke tak sebab both my parents tak lalu nak tengok tahi saya yg comel itu.
Akhirnya kami pasrah sahaja. Sehingga ke hari ini saya ok sahaja. Nampaknya situasi itu tidak meninggalkan kemudharatan kepada kesihatan saya hanya saya sudah sangat susah untuk terserempak dengan duit syiling lagi selepas itu.
Ada lagi kisah digigit ni. Hari tu, Paklong buat kenduri arwah di Shah Alam. Tuk pulak nak datang Miri keesokkannya. Paklong telah menjemput kami untuk pulang 2 hari sebelum majlis. Oleh kerana kita tidak boleh menolak jemputan kenduri tanpa keuzuran, kami pun pulang dengan kadar segera. Ha ha ha.. Sebenarnya, tok wan yg sudi sponsor almost all cost kepulangan kami yg tidak dirancang itu. Begitulah selalunya. Kalau balik last2 minute ni, memang tiket sangat mahal dan diluar kemampuan tapi mujurlah saya ada seorang Tokwan yang sangat pemurah. Semoga tokwan sentiasa dimurahkan rezeki..:D
Pada hari untuk berlepas pulang, saya telah disengat oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan. Habis wajah comel saya bengkang bengkang. Seminggu jugak la nak surut.
Mata saya yang disengat bukan kerana mengendam ya
Panjang pulak cerita sayakan. Tak larat, tak payah baca. Esok2 aja sambung. Tah bila pulak saya nk menulis ni. He he he.. Semenjak ibu mengandung ni kan, ibu sudah jarang memanjakan saya. Saya dilatih untuk lebih berdikari. Selalu ja cakap saya kena jadi good brother, jaga adik, ajar adik.. Iyolah ibuku sayang. Jadi untuk bermanja manjaan..saya telah menghabiskan masa bersama abah tersayang. Abah ok ja kalau saya minta didukung ke sana ke mari. Abah memang bestlah. Kadang2 tu abah penat la jugak tapi saya buat2 tak paham aja. Bijakkan saya.
Ok lah, cukup setakat ini sahaja. Wish me Happy 19 months old ya later. By the way, saya dah tau to point to my nose dan gigi dengan betul bila disuruh.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.