Contest-Designing your dream nursing wear

Kepada yg sukakan hadiah free, kreatif dan suka mengisi masa lapang secara berfaedah, join la contest ni.

Contest ni is all about designing your dream breastfeeding friendly shirt, nursing wear or baju menyusu. So, pada yg pernah berangan nk jadi designer tapi tak jadi2, inilah masanya.

Details as below. Copy sebijik2 dr website Along.

How to participate?

  1. Tempekkan banner ini di mana-mana bahagian dalam blog anda (Jika anda ada blog). Dalam entry tu ke, sidebar ke, footer, header, mana-mana je lah.

  2. Buat satu entry khas untuk menceritakan tentang your dream nursing wear. Tajuk ikut suka. Tak perlu title “ MSK Contest” or such.
  3. Anda boleh ‘mempersembahkan’ nursing wear impian anda dengan kreatif, seperti menempek gambar, scan, lukis, dan sebagainya.
  4. Mungkin nursing wear idaman anda masih belum dicipta, so, ‘ciptakan’ impian anda di sini :D
  5. Anda juga boleh menulis tentang nursing wear yang anda dah pakai/dah ada orang pakai.

Syarat-syarat penyertaan

  1. Terbuka kepada semua. Tidak mengira jantina atau status. Sama ada anda BF atau tidak.
  2. Jika anda takde blog tapi berminat nak sertai, anda boleh emailkan pada saya di ruangan CONTACT di atas, insya-Allah saya akan publishkan :)
  3. Tulis entry dalam BM atau BI sahaja.

How to win?

  1. Berdasarkan vote yang akan dilancarkan di MySuperKids as soon as tarikh tutup diumumkan.
  2. Anda juga boleh mengutip vote di blog anda dan pengadil akan mengambil kira bilangan vote di blog anda+vote di MySuperKids. Contoh free web voting poll yang anda boleh gunakan ialah seperti :
    http://polldaddy.com,http://www.addpoll.com,http://www.poppydog.com/prod/poll.jsp, http://sitegadget.com dan macam2 lagi.
  3. Untuk adil pada semua orang, undian dalam blog anda perlu bermula pada tarikh yang ditetapkan oleh MySuperKids (10Mei 2009).
  4. Undian dibuka kepada sesiapa saja termasuk suami, kakak, abang, mak, anak mahupun diri anda sendiri. Ketua kampung pun boleh undi.
  5. Anda boleh gunakan banner di bawah untuk meraih undian di MySuperKids (sila tempek bermula 1 Jun 2009 sahaja).

3 entry yang menerima vote terbanyak bakal menerima set aksesori eksklusif tajaan Chantek-Chantek!

Tarikh tutup penyertaan & mula voting di MSK : 1 Jun 2009
Tarikh anda boleh mulakan voting di blog : 10 Mei 2009
Tarikh tutup voting : 13 Jun 2009

Don’t forget your confirm your participation by informing me(Along) ya.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Komen anda dihargai.