Detik yang ditunggu

Cerita tentang kami biarlah bermula dgn saat kelahiran my 1st baby. So, since usinya dah 21 hari, aku flash back few days before his birthday.

24hb Disember 2007

Sejak sebelum subuh, perut aku sakit2 dan memaksa aku bangun utk menjadi penunggu toilet. Situasi ni bukan 1st time terjadi, so aku pun tak rasa pelik. Cuma since hari ni ada checkup, aku plan nk minta ubat sembelit ke apa ka utk atasi problem ni. Lepas subuh & myhubby p keja, aku pun buat sambungan..ehek..sambungan tidur..itu la aktiviti aku semenjak 2 menjak ni. Aku terjaga pukul 10am tp dok golek2 lagi sampai 10.25am. Plan nk p checkup pukul 11am.
Masa nk mandi, aku check ada mukus berdarah & berlendir. Aku pun sms myhubby bgtau latest update ni. Masa sampai kt hospital, doc tiba2 ada delivery la plk. So, aku pun dimasukkan ke wad sementara menunggu & dipasang mesin CTG utk monitor heart beat baby & contraction. Half and hour jgk kot, baru gyna aku muncul. Bila dia check, rupanya pintu belum buka(aku rasa la sebab dia tak bgtau pun berapa cm). Aku & hubby pun balik dulu, p lunch & dia pun p keja balik after lunch. Sepanjang ptg, sakit ala2 period pain ja berlaku & lewat ptg langsung tak ada. Malam tu, aku sempat lagi p dinner kt luar and jemput mak & bidan dr airport.

25 Disember 2007

Bangun tidur, aku sakit pinggang. Dengan itu, aku pun rasa mungkin ‘today its the day’ . Aku mula monitor contraction period aku. Sampai lunch time, aku rasa contaction dah every 5
minutes so dlm pukul 2pm aku& hubby pun gerak p hospital. Bila dah admit, as usual aku pun dipasang mesin CTG. Punya la lama tunggu doc, pukul 7 lebih rasanya baru dia dtg lawat aku. Bila dia tanya contraction period, aku jawab “Sometime every 5 minutes, sometime every 7 minutes”. Dia jawab, “Ooo..dia main2 lagi tu.”Dia taknak check my opening sebab dia kata “selalu check pun boleh masuk bakteria/kuman”. Aku jawab ” tapi dah sakit2 pinggang ni doc”. Penat ja aku tunggu dia, aleh2 taknak check, mana boleh jadi. Oleh kerana itu, dia pun check jgk akhirnya. Resultnya my opening at that time 2 cm. Dalam hati aku, “baru 2 cm aja..” Menjelang malam, atas advice dr nurse aku jalan2 kt koridor hospital tu. Mmg tak ada pemandangan menarik langsung tp aku komited sebab nk jgk baby aku lahir 25hb Disember sebab nk cuti tiap2 thn& senang org nk ingat. Betullah org kata, berjalan ni bagus. Rupanya, contraction time berjalan2 ni tak la sesakit time aku melepak atas katil. Aku korbankan siri Jelatang demi nk beranak mlm tu jgk. Bila aku balik bilik, Jelatang pun dah nk habis. Myhubby balik rumah nk ambil sejadah sebab surau kt situ under renovation plk. Masa dia tak ada tu, aku duduk atas kerusi aja, kot2 boleh kurangkan rasa sakit. Bila dia sampai hospital dlm 10.45pm & lepak sekejap, aku pun ingat nk cucuk epidural. Al maklumlah detik 25hb dah nk habis lagipun sakit dah semakin kerap. Rupa-rupanya nk cucuk epidural tu kena dibuat di labaour room. Kira kena lepak di labaour room sampai la bersalin. Dah tu, takleh bawak kerusi malas. Kesian myhubby, baru ja beli kerusi malas ptg tadi, semata-mata nk tido di wad temakan aku, aleh2 tak dapek guna. Aku naik labour room dlm pkl 11pm, cucuk epidural dlm 11.15pm, tp pukul 12 am baru la berkesan. So, mmg sah2 la aku tak dapat baby krismas. Sementara dok tunggu epidural tu berkesan pun, aku dalam keadaan yg sakit amat tp since aku ni pemalu & penyabar orgnya, aku taklah over sangat. Just ramas2 tangan sendiri ja. Masa preparation & time nk cucuk epidural tu, myhubby kena tunggu luar. Kalau tak, mmg sah2 la tgn dia yg aku ramas.

26 Disember 2007

Menjelang pukul 1am++, baru la gyna aku dtg check my opening. Dah 4 cm time tu. Kalau tak salah aku dia pecahkan air ketuban aku jgk & suspect aku bakal beranak menjelang Subuh. Aku
musykil jgk time tu. Mula2 kenapa nk pecahkan air ketuban. Setahu aku itu kalau nk force delivery aja. Then dah dia pecahkan ketuban, napa expected time of delivery lambat sangat. Tapi aku yg naif ni angguk ja la. Ada jgk aku tanya, “since sy dah tak terasa contraction, mcm mana nk tau bila time nk deliver?” Then diorang(aku tak sure nurse or doc) jawab, “check your opening la. After 1 hour nanti, diorang akan check”. Tapi doc ni, lepas check aku dia nk balik rumah and dtg time aku nk deliver aja. So nurse la yg bakal check opening aku. Leh caya ka nurse ni… Oleh sebab kepenatan, aku n hubby terlelap jgk ni labour room tu. Aku berangan jgk, aku buka2 mata ja, baby dah keluar. Mana tau diorang tak dpt nk kejutkan aku yg tido mati ni utk push. Tapi oleh sebab tido yg tidak selesa, aku terjaga jgk, mungkin selepas sejam terlelap. Ada ke patut nurse sorang ni soh aku tido mengiring sebab mesin CTG tu tak dpt detect heart beat baby aku. Then soh aku tido sambil menekan wayar berpunat yg berseletip di perutkan aku. Dalam hati aku mmg la dok makan hati ja dgn nurse nan sorang itu. Dalam pukul 3.45am, baru la dia check my opening. Jeng jeng jeng, rupanya dah full dah. So, dia pun call gyna aku soh datang and 2 org nurse tu pun kelam kabut prepare apa yg patut. Bila semua dah siap prepare, diorang pun lepak la sebelah aku. Gyna aku tak jgk sampai. Tiba2 “ops..” aku terasa ada something lalu kt celah paha aku. bukak2 kain yg dok cover, rupanya kepala baby aku dah keluar dgn separuh body dah. Aku tergamam sejenak. Myhubby lagi la, langsung tak ambil gambar sebab terkesima & cuak. Aku doa ja dlm hati supaya baby aku sihat & selamat . Nurse2 tu pun terus sambut anak aku, potong tali pusat & panaskan dia.. semua la..doc tak jgk sampai2. Dalam pukul 4.05am, baru doc sampai & terkejut tgk aku dah pegang baby. So, alhamdulillah..aku dgn sahnya selamat melahirkan baby aku pukul 3.55am. Sebenarnya tak siapa pun tau pukul berapa exact time baby keluar sebab semua org tak tgk jam oleh kerana terkejut dgn kemunculan baby aku. Video cam myhubby yg ada gambar baby dah keluar penuh menunjukkan time 3.54am. Kan dah kantoi nurse2 tu, selamba ja jawab 3.55am bila doc tanya. Inilah dia anak teruna pertama aku, Nazhan Iqbal yg sungguh independent yg mungkin tau ibu dia tak confident nk push2 ni lalu meloloskan diri keluar dgn jayanya.

Beberapa jam selepas dilahirkan



No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Komen anda dihargai.